Negeri Kelantan mempunyai banyak tempat-tempat
mencabar yang menarik untuk dikunjungi. Selain dapat melakukan aktiviti lasak
dan mencabar, pengunjung turut dapat menghayati keindahan alam semulajadi yang
terdapat di sekitar Kelantan.
TAMAN NEGARA KUALA KOH
Taman Negara ini terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam
Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan
Hutan Simpan Lebir.
Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
Taman Negara Kuala Koh terkenal dengan kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300 spesies),memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.
Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong, antara kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.
TASIK PERGAU
Bercuti ke Taman Santuari Tasik Pergau di Batu 18, menjanjikan satu pengalaman
yang tidak akan dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadi hasil
pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau.
Tasik ini berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung kerana suasana damai dan keindahan semulajadinya menjadikan Tasik Pergau satu destinasi yang amat sesuai untuk mencari ketenangan jiwa.
Pengunjung hanya perlu memandu kira-kira dua jam dari bandar Kota Baharu. Berada pada paras ketinggian 720 meter (2,400 kaki) dari aras laut, suhu sehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan. Selain itu, keistimewaan Tasik Pergau adalah ia berada pada suhu kedinginan yang dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands ketika malam.
Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar, yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan. Bagi kaki pancing, di situlah 'syurga' untuk menangkap spesies lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi.
Pengunjung hanya perlu menyewa bot untuk jelajah pulau-pulau di tasik berkenaan. Sepanjang perjalanan ke pulau, pengunjung disajikan panorama alam semulajadi yang kaya dengan aneka flora dan fauna serta jajaran pokok kelapa dengan pelepah yang melambai-lambai ditiup angin serta rumpunan pokok buah-buahan melengkapkan keunikan tasik itu.
Tasik Pergau seolah-olah tidak mati pada sebelah malamnya. Dengan hanya RM70, termasuk kos menaiki bot, setiap pengunjung dapat bermalam di calet terapung yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar) di tasik tersebut. Malah, 30 tapak perkhemahan disediakan bagi mereka yang mahu merasai kedinginan malam.
Pengunjung juga boleh mencuba aktiviti kayak dengan harga RM20 bagi dua orang ataupun treking hutan dengan diiringi pemandu pelancong bertauliah.
GUNUNG STONG

Gunung Stong merupakan salah satu gunung
tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di
Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang menarik dan
mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah Asia dan
burung-burung bukit batu kapur termasuk layang-layang gua.
Gunung Stong
menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat
yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang
tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak
mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia.
Aktiviti
'hiking' di bukit-bukit batu kapur di sekitar kawasan ini boleh mendedahkan
pengunjung kepada beberapa jenis flora dan fauna yang unik dan sukar didapati
di tempat lain. Setelah penat pendakian yang ditempuhi, anda akan sampai
ke air terjun Gunung Stong untuk menikmati airnya yang sejuk dan dapat
menghilangkan kepenatan.
Antara
panorama-panorama yang menarik sekitar Gunung Stong ialah:
Gunung Ayam
Gunung Ayam
yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong. Suasana dalam
hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi
ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.
Gua Rantai
Gua ini
dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai di dalamnya bagi memudahkan
pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua
ini namun tetap memberi keseronokkan kepada pengunjung.
Kolam Puteri
/ Air Terjun Kolam Puteri
Air terjun
ini agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok
bermain air di sini sama ada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.
Telaga Tujuh
Tujuh telaga
semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri.
Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.
Air Terjun
Dua Gunung
Dua air
terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu
sungai.
GUA IKAN
Nama Gua Ikan diperoleh ekoran daripada terdapatnya
batu yang kelihatan seperti ikan. Ianya mempunyai mitos tersendiri bahawa
terdapat sejumlah besar ikan menghuni di gua tersebut dan ia juga dijadikan
lokasi bagi masyarakat Melayu kuno untuk melangsungkan acara perkahwinan.
Terdapat gua-gua lain di sekitarnya seperti Gua
Gelap atau Gua Batu Susun, Gua Keris dan Gua Pagar.
GUA GELAP
Gua Gelap
atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai
bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit
yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu,
bersinar apabila disuluh.
Kebanyakan lapisan batu yang tersusun itu telah diusik dan digerakkan oleh
mereka yang mencari batu zamrud yang kononnya banyak terdapat di gua itu
ditambah dengan vandalisme.
Seperti namanya, Gua Gelap amatlah gelap. Cuma sesekala, pancaran cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap.
Pengunjung perlu melalui Gua Gelap dengan berjalan mengiring dan kemudian merebahkan badan secara melentang sejauh kira-kira 20 meter untuk melepasi pintu gua yang rendah dan sempit.
GUA KERIS
Pengunjung perlu memanjat batu yang agak licin dan sebaik tiba di dalamnya
anda akan melihat terpacaknya 'sebilah keris' yang terbentuk hasil cantuman
stalaktit dan stalagmit.
Gua berkenaan yang luas dan lantai yang agak mendatar dikatakan pernah didiami oleh manusia dahulu kala. Satu kawasan lapang di dalamnya dikatakan pernah digunakan sebagai tempat berlatih silat.
Keindahan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang terukir secara alami yang antaranya berkilauan apabila terkena cahaya akan melekakan setiap pengunjung ke gua itu yang menyimpan banyak kisah silam.
Di gua itu terdapat sejenis flora istimewa yang sukar ditemui di tempat lain yang dikenali sebagai 'Vaughan's Balsam'. Selain di situ, ia dikatakan hanya terdapat di Perlis dan Selatan Thailand.
Di situ juga anda dapat menemui pelbagai haiwan dan serangga seperti sejenis kala jengking yang sekali imbas kelihatan seperti labah-labah dan dapat menyaksikan sekumpulan kelawar bergayutan di bumbung gua.
Apa yang pasti, sekurang-kurangnya tempoh setengah hari diperlukan untuk mereka yang benar-benar ingin meneroka keseluruhan gua-gua di sini, apa lagi bila anda terpegun melihat pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit hasil hakisan air dalam gua sejak jutaan tahun lalu yang menghiasi gua-gua berkenaan.

kredit: tempat-tempatyangmenarikdikelantan.blogspot, muridguru.blogspot
No comments:
Post a Comment